Sunday, May 13, 2007

Masalah so so sial!!!!

Di sana sini, semua pihak memperkatakan tentang permasalahan sosial yang sebenarnya di petik dari perkataan org putih campur melayu iaitu so dan sial.... jadi bila digabungkan menjadi sosial.... baru nampak glam dan global sikit maksudnya...
Persoalan yng ingin di selatankan di sini, memandangkan kalau nak di keutarakan dah jammed... maklum ler area utara tu dekat dengan sempadan so bertambah ler lagi permasalahan sosialnya... jadi mengapa isu sosial ini tidak berkesudahan atau dalam erti kata lain isu lapuk yang tak sudah sudah.....
Masalah rempit, dadah, rasuah, pelacuran, salah guna kuasa, perpecahan dan yang lain-lain tu semakin di promosi oleh pihak-pihak tertentu yang kononnya hebat dengan berbagi pandangan untuk mengatasinya, tapi akhirnya isu itu bukan semakin berkurangan tapi semakin serius dan nazak.
Siapa yang perlu dipersalahkan dalam soal ini....Kerajaan? Swasta? NGO's? Masyarakat? mahupun setiap kelompok individu?
Jawapan yang diberikan jarang menuding kearah body kita sendiri, sebaliknya pasti menuding ke arah orang lain. Sememangnya dah jadi lumrah kita untuk cuba menutup kelemahan diri kita, tapi persoalan utama adakah kita jujur dalam sama-sama menangani permasalahan tersebut....? Sebelum pasukan tentera menyerang atau melakukan tindakan strategi ke atas sasarannya, paling utama adalah untuk pasukan itu mengenali kelemahan yang ada pada diri kita sendiri... (Bersambung.....)